Ibnu Taimiyah berkata
" Jangan anda menduga bahawa amanah itu cukup melakukan wudhu dengan satu bejana air dan melaksanakan solat dua rakaat di mihrab. Sesungguhnya amanah itu adalah mendakwahkan agama ini ke seluruh manusia"
Sesungguhnya amat besar tanggungjawab ini.
Mendakwahkannya ke seluruh manusia?
Adakah aku mampu ya Allah?
Diri sendiri pun banyak dosa
Inikan pula nak bawa orang lain
Bukan ke ni kerja rasul?
Bertalu-talu soalan menerjah fikiran
Firman Allah berfirman :
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar " (Ali Imran:110)
Allah begitu yakin kita manusia yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini untuk membawa ajaran Islam.
Wahai teman,
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya
Islam itu bukan sekadar agama tetapi cara hidup
Bila Rasul tiada siapa lagi nak warisi kerja Rasul kalau bukan kita?
Ya, kita memang tidak mampu menanggung risalah ini tetapi mahukah kita tertipu dengan alasan itu?
Kelemahan diri untuk diperbaiki bukanlah dikesali semata-mata.
Tawaduk suatu sifat terpuji tetapi bila ia terlalu menguasai diri bukan lagi tawaduk namanya
Sebaliknya alasan ciptaan syaitan supaya kita meninggalkan kerja mulia ini.
Allah menyuruh kita memikul amanah sebagai daie dan Allah melarang kita berputus asa daripada rahmatNya
Teman yang dikasihi kerana Allah,
Dalam mengajak manusia kejalan Allah
jangan terlalu runsing memikirkan natijah kerana natijah itu urusan Allah
Allah hanya akan menanya apa yang kita buat bukan hasilnya
Yang paling penting keikhlasan kita dalam beramal mengikut sunnah Rasulullah
Bukan ke kita nak buat reunion di Syurga?
Kalau tak sebarkan Islam yang indah bagaimana dengan kawan-kawan kita yang sama-sama belajar di sekolah, pergi cafe makan sama-sama, borak sama-sama nak datang reunion tu?
Bagaimana nanti kalau di akhirat tiba-tiba ada kawan kita yang berkata :
“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”
Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
" Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu, ianya lebih baik agimu daripada apa yang disinari matahari"
Subhanallah. Sungguh tidak ada yang lebih menggembirakan apabila melihat keluarga dan rakan-rakan kita
sama-sama tunduk dan patuh kepada perintahNya.
Marilah kita berusaha mewarisi tugas Rasulullah demi mengejar cinta agung Allah
inshaAllah .
:)