Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus berkongsi pandangan dan ilmu di dalam blog ini. Sesungguhnya nikmat Islam itu amatlah berharga untuk diri ini, dan semoga diri ini sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah kepada ALLAH.
Jangan tidur sebelum kita berjaya memaafkan orang lain.
Kita sering mendengar ayat ini dalam hidup sehari-hari. Pelbagai pandangan yang bakal kita dapat jika kita mengutarakan kata-kata tersebut. Pasti ada yang setuju dan mungkin sesetangah pihak akan membangkang kenyataan ini. Tapi itulah realiti hidup, bila ada pihak yang melakukan kesalahan, pasti akan ada pihak yang memaafkan kesalahan tersebut.
Tapi, persoalan sering bermain di benak fikiran ana sendiri. Mampukah ana untuk melakukannya? Sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan kadang-kadang terlalu mengikut hawa nafsu. Astagfirullahalazim. Semoga ALLAH sentiasa mengampunkan dosa ana yang lemah ini.
Ikhlaskah kita andai kita memaafkan seseorang itu? Atau kita hanya sekadar berkata. “Ye, saya dah maafkan segala kesilapan awk”. Cukupkah hanya dengan kata-kata ini menandakan kita sudah rela untuk memaafkan mereka? Semoga kita semua, dapat mengikhlaskan hati, memaafkan mereka. Susah untuk kita memaafkan seseorang tetapi tidak mustahilkan kita dapat memaafkan orang tersebut?
INSYALLAH, teman-teman, memang sukar untuk kita memaafkan seseorang tetapi kita juga harus ingat bahawa kita juga sering melakukan kesalahan dan pastinya kita ingin orang tersebut memaafkan kita. Jadi, kita ambil ikhtibar dengan situasi ini, jika kita menginginkan orang lain memaafkan kita, kita juga harus melakukan perkara yang sama.
Ingatlah kita sebagai manusia, bahawa ALLAH itu Maha Pengampun terhadap hamba-hambanya. Jadi kita sebagai hamba hendaklah sentiasa memaafkan orang lain andai inginkan hidup sentiasa di berkati di dunia dan juga di akhirat.
Jadi, maafkanlah segala kesalahan mereka sebelum kita melelapkan mata dan pohonlah kepada ALLAH semoga mereka juga melakukan perkara yang sama iaitu memaafkan kita juga.
Wassalam, peringatan ini lebih kepada untuk diri ana sendiri yang sering melakukan kesilapan.^_^
.....AMIN YARABBAL ALAMIN........