hidup adalah pilihan.......



Pilihan hidup


Hakikat kehidupan.
Kita diuji dengan pilihan.
Syariatullah diberi sebagai panduan untuk memilih pilihan yang paling tepat.


Untuk masuk syurga ada pilihan tak?
Nak ke syurga atau ke neraka?
TIDAK. Betul kah? Atau ada yang rasa nak melangkahkan kaki ke neraka? Sebab rasanya semua orang nakkan syurga Allah.  Sejahat mana pun diri mesti kesemuanya mahupun pengakhiran hidup yang baik. 
Pilihan terbesar yang paling utama dalam hidup ini ialah antara syurga dan neraka. Kalau neraka bukan pilihan maka apa lagi yang tinggal? Bukankah syurga.
Memang perkara syurga dan neraka ini satu perkara yang ghaib untuk dibicarakan. Di luar dari jangkaan kita. Sebab itu Allah menciptanNya begitu, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan hamba-hambaNya dalam mempercayai kehidupan akhirat itu sendiri.
Kalaulah syurga dan neraka itu boleh dilihat dengan mata kasar kita, sudah pasti tiada seorang pun yang berani melakukan kejahatan. Sudah pasti orang-orang yang berdosa bertaubat. Dan mungkin akan hanya duduk di atas tikar sejadah 24/7 disebabkan oleh nikmat syurga yang tersangat besar. Tapi, hakikat sebenar kehidupan akhirat itu tidak terjangkau dengan kata-kata mahupun akal fikiran. Hanya iman yang mampu menilainya.
Dan jika dikatakan untuk masuk syurga itu tiada pilihan, maka jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga juga tiada pilihan. Setuju atau tidak?
Boleh kah kalau kita cakap nak masuk syurga Allah, tapi masih tidak melaksanakan tugas sebagai hambaNya? Masih melanggar perintah-perintahNya?
Adakah itu jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga? Berbuat sesuka hati kita kemudian mengaku untuk ke syurgaNya? Atau sedarkah kita sendiri yang mebina jalan menuju ke nerakaNya.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” – (Al-Ahzaab (33) : 36)
Hanya satu jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga yakni taat akan perintah Allah dan rasulNya. Jalan yang sama ditempuh oleh para rasul dan sahabat-sahabat baginda yang telah dijanjikan syurga.
Tiada jalan tengah yang wujud antara dua pilihan yang harus dipilih. Kalau benar syurga Allah itu matlamat di akhirnya, maka setiap inci kehidupan itu harus dipenuhi dengan jalan menujuNya. Walaupun hakikatnya banyak kepahitan yang harus ditempuhi, demi sebuah kehidupan yang hakiki segalanya perlukan pengorbanan yang tinggi. Kerana janji Allah itu pasti.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(Al Imran, 3:142 )
Moga kita diberi kekuatan dalam perjalanan mencari bekalan menuju ke jannahNya.  Insya’Allah.
Life is all about making the RIGHT CHOICE.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.