Gambar Pemilik akaun Facebook Syed Saifullah hina Rosmah ditahan polis.



Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak jam 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan” itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu.

Tindakan kurang ajar itu mendapat kecaman ramai pengguna media siber malah ada pemilik akaun facebook menyiarkan gambar lelaki dipercayai Syed Ahmad dan serta nombor telefonnya.

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.



She is the wife of our PM. No matter what she deserves respect. 
Death is not a joking matter.
okbai.


KUALA LUMPUR: Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.

Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan. 

Pada Jumaat lalu, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dibanjiri dengan sebuah berita yang dimuatnaik dari sebuah akaun Facebook dari seorang lelaki 'Syed Saifullah' yang menyatakan bahawa "pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"

Bersama-sama kenyataan tersebut turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Datin Seri Rosmah Mansor.

sumber



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

6 April 2014 pada 8:02 PTG

hmmm nasi dah jadi bubur... :)

Tanpa Nama
8 April 2014 pada 3:47 PTG

perbuatan yg sangat biadap dan tdk boleh dimaafkan.

Tanpa Nama
8 April 2014 pada 8:57 PTG

Alah rakyat Malaysia ni. Bising2 lebih. Abis yg dia bunuh Altantuya tu? X kejam? Guna bom lg der. Yg ni baru guna media je pun. Ish ish ish!!!

Tanpa Nama
10 April 2014 pada 12:01 PG

Biadap betul lah.kurang ajo!saya sokong PM kita!!

Tanpa Nama
11 April 2014 pada 8:01 PG

@Tanpa NamaBetul tu! Saya sokong!!!

Tanpa Nama
14 April 2014 pada 12:58 PTG

assalamualaikum cik lynn...lama x masuk blog cik lynn sebab cik lynn lama dah x komen kat blog buasir otak....

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.