Ucapan Untuk Diana Amir.






Alhamdulillah dan semoga Allah memberkati Diana Amir dan suaminya atas pernikahan mereka!

Saya masih ingat lagi, lakonan Diana Amir dalam filem 'Aku Masih Dara' dan melihat keadaannya kini, syukur dipanjatkan kepada Allah atas perubahan dan kebaikan yang Allah kurniakan kepadanya.

Semoga beliau terus istiqamah dalam kebaikan dan ketaatan kepada Allah. ameen.

"...dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..."

(Surah an-Nur, 24 : 26)

*****

Rasa hendak buat entry juga tentang ini kerana merasakan ada sesuatu yang boleh kita ambil iktibar.

Apa yang saya ingin sampaikan; siapa pun kita di masa lalu, apa pun dosa yang telah kita lakukan, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.

Teruskan mohon ampunan-Nya dan petunjuk-Nya. Dia tidak akan sesekali membiarkan kita apabila kita sudah memilih untuk kembali kepada-Nya.

Jalan kembali dan istiqamah itu memang tidak mudah. Nak jadi baik, ada sahaja halangannya. Namun itulah cabaran untuk menguji keikhlasan kita.

Sekali lagi, tahniah Diana Amir! (walaupun saya tahu dia tak baca pun ucapan ni)

ok dah PUBLISH!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

28 Oktober 2013 pada 8:49 PG

ya.. sy masih ingt lagi filem tu... dia berubah dgn raja farah, dan filem tu mcm real kan.. sbb tggl kwn dia sorg je lagi tak berubah dan berhijrah...moga kekal bhgia hgga ke syurga...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.