Video ini telah menerima capaian lebih 1,000,000 tontonan dan 12,000 share. Kerana apa ramai yang menonton? Kerana RUGI tidak menonton dan mengambil peringatan yang disampaikan.
sumber: oh!Media. Link asal: https://www.facebook.com/photo.php?v=10201156769624273
Bila last pegang dan baca Quran?
Masing-masing ada jawapan.
Bismillah
Sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya perlu kita muhasabah, kerana tanpa kita sedar perkara kecil itu besar di mata yang lain.
Mungkin hanya sikap kita, kita telah menjadikan hidup seorang insan tersiksa. Mungkin sahaja sekecil kebaikan telah menjadikan hidup seseorang lebih baik.
Segalanya dengan izin Allah.
Ya, kita jaga Al-Quran,30 juzu di dada,jaga solat, puasa sunat tak pernah tinggal, jaga hubungan dengan Allah taala,
tapi jangan lupa hubungan dengan manusia.
apa kewajipan terhadap seorang saudara muslim?
Lupa kah kita?
Bukankan itu juga ajaran Baginda saw.
Islam itu menyeluruh, tak bisa dikerat-kerat dan ambil yang kita suka semata.
Kalau diceduk sekerat, ditinggal sekerat, bimbang kita jatuh ke dalam jerat.
Jerat musuh yang nyata; Syaitan yang direjam.
Kadang-kadang rasa nak butakan mata,
Pekakkan telinga.
Sebab dengan nikmat-nikmat ni, tak mampu pun nak amar ma'ruf nahi mungkar.
Dunia akhir zaman..bila dosa menjadi biasa.
Beri petunjuk dan hidayah Mu Ya Allah
6 comments
Itu dia habis semua dia belasah betapa ramai manusia dalam kerugian. Syukur alhamduillah kakak mengajar mengaji di rumah at least malas macam mana pun bila dah anak-anak dtg rumah setiap hari kena bacalah juga.
penah gak buat entry pasal video ini
exchange bloglist jom
rasa rendah sangat diri ini berbanding anak itu. terima kasih atas perkongsian ini lynn...
tengs untuk info ini.. amal nk g tengok :)
betul betul, baca jangan tak baca :D
inshAllah... islam itu menyeluruh.