VIDEO DAN GAMBAR :Dimuat naik individu tidak dikenali hampir 7,000 pengguna laman sosial Facebook berkongsi klip video ringkas detik cemas insiden penebat kilat terjatuh di Jalan Macalister.










Gambar  menunjukkan usaha untuk mencari mangsa (Lim Chin Aik). Tetapi mereka gagal untuk mencari beliau walaupun selepas menggali lubang sedalam tujuh meter. Mereka berkata dia mungkin tertimbus sedalam 10 meter.

GEORGETOWN - Hampir 7,000 pengguna laman sosial Facebook berkongsi klip video ringkas detik cemas insiden penebat kilat terjatuh di Jalan Macalister di sini Khamis lepas.

Video berdurasi 15 saat bertajuk 'Before accident at Umno building...PDRM CCTV' itu menunjukkan penebat kilat terjunam dan menghempap jalan serta mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap ipercayai milik, Lim Chin Aik, 44.

Video itu dimuat naik individu tidak dikenali.

Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara Umno itu runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbar di sini hari ini menayangkan klip video yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Macalister kepada keluarga mangsa dan media.

Antara aggota keluarga mangsa yang hadir menyaksikan klip video itu ialah ibu bapa mangsa Ang Kim Hooi@Ang Kim Looi, 70, dan Lim Tian Chor, 73.- Bernama






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

20 Jun 2013 pada 10:11 PG

dasyat ye. kuasa ALLAH.

20 Jun 2013 pada 10:22 PG

Ya Allah teruknya keadaan kat situ...

21 Jun 2013 pada 6:39 PTG

memang sangat-sangat mengerikan...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.