Dia tak ada facebook, ini betul betul rare.



Berhentilah romanticism terhadap ahli-ahli sains Islam dahulu kala. Ibnu Sina, Jabir ibnu Hayyan, Ibnu al Haytam dan al Khawarizmi sudah memberi sumbangan besar di era mereka dan zaman mereka sudah berlalu. Tetapi kita hari ini masih lagi berkhayal dengan mereka, sibuk dengan hujah Islamisasi sains tanpa memberi apa-apa sumbangan dan ciptaan pada masyarakat. Laptop pun buatan Jepun, handphone pun buatan Korea, yang tahu sibuk berhujah di depan facebook dan blog. Ibnu Sina sudah mencipta jarum, hangpa cipta apa? Berkhayal macam nak kahwin dengan Puteri Gunung Ledang, tapi tak masuk meminang.

 Poyo sungguh. 


Tak rugi buat status bermanfaat dalam fb tu pun mahupun blog.

Biarlah manusia tak like, nak kata poyo ke apa.
tapi malaikat catat pahala kebaikan, sebab berdakwah.

Tak terkesan pada ramai orang, tapi at least ada jugak saham akhirat.

Yang penting niat.
Bila kerana Allah, semuanya jadi ibadah.

Tinggalkan yang baik-baik shj di muka buku, yang tak elok, kita hapuskan.

Mohon maaf atas kesilapan, kalau selama ini muncul di muka buku atau blog hanya membuang masa kalian.

InsyaAllah, sentiasa perbaiki diri,moga esok dihidupkan menjadi lebih baik.

kena selalu ingatkan diri, kenapa wujud dimuka buku dan blog.

Ingat akhirat selalu, analoginya macam esok hari exam. cuba bayangkan esok hari akhirat.

mana bekalan?
sebaik-baik bekal; Taqwa.

Astaghfirullah.
jadilah solehah Lynn saham untuk mereka yg saya sayang.

AL-FATIHAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

15 Jun 2013 pada 11:59 PTG

terima kasih atas ingatan ya humaira... macam mana nak like kat blog macam facebook?

16 Jun 2013 pada 12:29 PG

@Prince of Noob nak like kat blog macam fb? serius tak paham soalan ni.. :) mohon pencerahan

16 Jun 2013 pada 1:42 PTG

nak like kat blog macam fb, komen mcm ni:

+1000

hehehe :p

p/s: i don't have a facebook account, seriously i don't :p

16 Jun 2013 pada 7:40 PTG

@plain83 aku ada akaun Facebook, tapi hidup segan, deactivate tak mahu... koh koh koh

17 Jun 2013 pada 10:57 PG

bila update status yg ilmiah mmg x ramai yg akan like.

tp kalau update status merapu, ramai plak yg like & comments.

pelik manusia skang ni

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.