Bilakah Waktu itu......



"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." [al-An'am: 59]


Assalammualaikum.....


Sejujurnya, ana sendiri tidak ketahui. Barangkali ini entry terakhir ana. Boleh jadi tidak. Malah, kemungkinan besar akan ada perkongsian yang seterusnya. Itu pun belum tentu lagi hasil ketipan jari-jemari ana. Dan belum tentu juga catatan yang terzahir itu nanti datangnya dari keinginan hati ana.



Wallahu'alam. Semuanya tidak mustahil bukan?

Entah-entah entry yang akan datang adalah satu entry khas. Khusus untuk ana kepada kalian. Terbit di sini daripada seseorang yang mewakili diri ana. Ana yang sudah terlalu jauh. Menyampaikan khabar berita pemergian seorang humaira si pipi merah...

Agaknya, ini bunyi keterharuannya...

"Al-Fatehah buat Almarhumah pemilik blog oh!gadisitu...Assalamu'alaikum WBT. Untuk pengetahuan semua, pemilik blog ini, si fulanah binti si fulan telah pun kembali ke Rahmatullah pada sekian masa dan tarikh yang lalu. Saya berharap kalian semua dapat memaafkan Almarhumah atas kekhilafan beliau sepanjang kalian mengenalinya di sini atau di mana-mana.

Mohon disedekahkan Al-Fatehah untuk Almarhumah."


Aduh. Bagaimanakah nanti ya?

Membayangkan hal seumpama ini memang menakutkan. Gerun. Hati ana mula bergetar. Dan debarnya sikit-sikit jauh terasa.

Ya. Suratan takdir memang tiada siapa yang mampu untuk menjangkanya. Bila sudah tiba masanya, 'realiti' tidak mungkin ditangguh. Perpisahan akan tetap menjengah juga walau sesiapa pun cuba melarikan diri daripadanya. Meski air mata dengan murahnya menjadi saksi. Ketika itu, segala-galanya harus ditinggalkan jua.

Walla, ana juga ada tertanya-tanya sendiri. Bagaimana kalian akan menyambut berita itu nanti? Sudikah kalian mendoakan ana? Paling kurang, cukuplah jika kalian dapat memaafkan salah silap ana. Ameen ya rabbal alamin......




Dan cuma hati berdetik, andaiku tahu...

Ya Rabb, pinjamkan hamba-Mu ini kekuatan itu.

Allahumma ameen. Allahumma ameen. Allahumma ameen~



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.