Bismillahirrahmanirrahiim..Sollu 'alannabiy..
Allahuakbar! (Haaa... nak menangis sangat, tolongggg!)
Puas dielak, ana yang ditempelak. Kedekut ilmu? Allahuakbar. Dan Allah sajalah sebagai Penolong kamu. Bukan kedekut ilmu, tapi memang tak layak (nak menghurai hadis). Ana hanya sempat mendengar hadis dari sahabat. Kadang kala agak mengerikan bila bersahabat dengan alim, dalam tak bersedia pun tetap dipaksa. Tanpa persiapan, tanpa ilmu dan bertanya dari yang ahli.
HARI INI....
Perkenalan dengan seorang hamba Allah sepanjang kembara iman banyak memberi ilmu, kesudian memberi tazkirah secara konsisten amat-amat ana hargai. Semoga Allah membalas jasamu dengan sebaik-baik pembalasan, amin! Paling menyentuh sanubari kala tazkirah yang diberikan berkaitan kesihatan dan ibadah, masya Allah memang bakal ulama’. Laju kalamullah dan hadis yang meniti bibir, ana terpaku. Sederhana orangnya namun ilmunya masya Allah! Hinggakan abi tertarik untuk mendekati peribadinya. Bagusnya dapat berinteraksi dengan pelbagai lapisan umur, dapat berdakwah. Akhlaq sendiri pun menjadi contoh. Ingin sekali mencontohi peribadi mereka yang berakhlaq mulia, tinggi ilmunya tapi merendah diri.
Ceria-ceriakan hatimu insya Allah keceriaannya akan terlukis pada wajah. Innallah hama’as sobirin.
al-insan fil ahsani taqwim. [At-Tiin : 4]
... manusia ialah sebaik-baik ciptaan
p/s: Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri hamba yang dhaif juga. Mohon ditegur agar dapat dibaiki kemudian hari.