SW1M Sharifah: Saya Maafkan Semua .I forgive Bawani.(you said, you forgive Bawani. What wrong did she do. What a joke!)




SHAH ALAM -  Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan beliau sudah pun memaafkan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video baru-baru ini.
Menurutnya, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan-kenyataan pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.
“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.
Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.
“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.
“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.
"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik,” katanya.
Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti ‘listen, listen, listen’.
“Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga,” katanya.
Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan.
“Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, AIDS dan rogol.
“Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak,” katanya.

LISTEN! LISTEN! LISTEN!  Siapa yg harus memaafkan dan meminta maaf?  jaws?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 comments

20 Januari 2013 pada 9:18 PTG

hurm..sia neh terlalu yakin diri..susah nak mengaku salah sendiri

20 Januari 2013 pada 9:30 PTG

Satu lagi kisah lawak zaman kini

Tanpa Nama
20 Januari 2013 pada 10:29 PTG

xnk komen lbh. cume nk tggu bile pula Bawani nk minx maaf, b'ckp dgn sopan..n xperlu care provokasi.. yela dye kn budak law.. MAAF sgt klu ayat ni agk kasar..

21 Januari 2013 pada 12:00 PG

Hebat sungguh dia ni, rasanya isu utama we talked about was how rude she treated the girl, tapi orang camni obviously suka memanipulasi benda lain bagi menyelamatkan diri.

21 Januari 2013 pada 12:07 PG

tiba2 dimaafkan?? siapa yg bersalah sebenarnya ni?? hahaha

21 Januari 2013 pada 12:37 PG

sekarang nie, mahasiswa dengan politik ke wanita dengan politik ? apela dye..lol

21 Januari 2013 pada 12:52 PG

kelakarnye..tapi kan, mmg perasan pn ikrar diorang tu berunsur politik, tp lbh tertarik dgn listen, listen, listen.

lagi satu, tetiba si sharifah nk kaitkan ikrar tu pulak. nmpk tak student2 yg berikrar tu, sharifah ni bkn nk backup korang pun, tp nk gunakan korang utk cover kesalahan die pulak..

21 Januari 2013 pada 2:08 PG

ngko je la betul kakpah..haha

21 Januari 2013 pada 10:19 PG

This is we call politic.... =D

21 Januari 2013 pada 4:27 PTG

nasib baik binatang2 yg dia sebut dulu tu tak pandai bercakap, kalau tak ntah2 derang pon tak maafkan dia haha...:P

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.