UPDATED#LAHAD DATU :ARAHAN SUDAH DIKELUARKAN OPERASI SERANGAN BERMULA .


TERKINI "OPERASI BERMULA DI KG TANDOU. AIRFORCE BOMBINGS INTENSELY"

Kami memohon agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik
 supaya mendoakan kejayaan misi kali ini dan yang lebih penting, keselamatan penduduk
yang terlibat serta anggota keselamatan kita.

Insya Allah kita pasti berjaya! ALLAHUAKBAR!

Jom kita doakan keselamatan dan kesejahteraan di Sabah

Ya Allah,peliharalah bumi Sabah, hentikan segala kekejaman. Lindungi saudara-saudara
kami Ya Allah.

Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ya Allah

Amiin.

Kenyataan Akhbar

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.


Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIA

9 ulasan:

  1. Amin... Semoga semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  2. Semoga perjuangan mereka dilindungi dan diredhai Allah swt....
    Doa AJ mengiringi setiap liku perjuangan mereka....

    BalasPadam
  3. kalau kerajaan ameno bertindak lebih awal...mungkin xde nyawa pasukan keselamatan kita yg terkorban ttp dgn sikap menteri KDN yg tah apa2.. byk dolak dalihnya dan byk autanya.. anda boleh lihat apa yg berlaku.. bg yg terkorban...al-fatihah utk roh anda...

    BalasPadam
  4. Semoga ALLAH SWT melindungi semua yg berada disana,amin..

    BalasPadam
  5. Semoga semuanya selamat..InsyaAllah

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/03/buatmu-perwira-negara.html

    BalasPadam
  6. aminnn... moga semuanya kembali pulih..

    BalasPadam
  7. Jaga diri baik - baik

    BalasPadam