Ustaz Azhar Idrus - Ciri Wanita hantaran RM10,000 dan ke atas.


Solat tidak tinggal
Menutup Aurat
Tidak pernah kapel
Jaga tingkahlaku
Pandai mengaji
Tahu hukum agama
Hafal quran
Pandai memasak
Pandai menjahit  

-Ustaz Azhar Idrus- 

ada yang nak tambah?


Sabda Nabi saw: "Nikahilah wanita kerana 4 perkara. Kerana hartanya, kerana kecantikkannya dan kerana keturunannya. Maka utamakanlah yg memiliki ugama, nescaya akan beruntunglah tanganmu"

tapi,berapa ramai lelaki yang memang betul-betul  mengamalkannya?  sedikit sebanyak,precent untuk cantik tuh lebih lagi.

Agreed or disagreed??

1) Agama - Sejuk kat dunia mambawa ke akhirat
2) keturunan - Sedikit sebanyak perangai dan sikap mewarisi
3) Cantik masa muda je - Dah tua kedut juga sana sini
4) Harta - Kalau boleh menyumbang pada agama tak pe..Sebab kalau mati tak bawa apa-apa kecuali amal dan kain putih menyelimuti jasad saja.

tak gitu?


Notacinta- Kalau nak menjadi cantik yg anda risaukan, Ada perkara lain yg lebih perlu anda menjadi risau,
Daripada sibuk untuk menjadi cantik, Lebih baik berusaha untuk menjadi baik. Insyaallah ada lelaki yg akan masuk merisik! 

16 ulasan:

  1. hehe... hntran sy tak ikut hrga semasa pun walaupun siswazah.. memudahkan nikah tu kan lagi baik.. buat yg wajib dan walimah yg sederhana je.. :)

    BalasPadam
  2. yap..info yang berguna..nak jadi yang terbaik memang susah..tapi kita boleh berusaha ke arah tu kan...hehe

    BalasPadam
  3. @myfirdz pada saya cukuplah dalam bersederhanaan. :)

    BalasPadam
  4. @iehahfarihah insya allah..rumah boleh dibina dengan batu, pasir, simen dan kayu. Tetapi rumah-tangga dibina dengan kasih sayang, iman dan taqwa kepada Allah SWT.

    BalasPadam
  5. ramai nak canti luaran jerr...tapi masak x pandai, mengemas rumah pun malas...

    BalasPadam
  6. ibu bapa yang ade anak perempuan mohon ambil perhatian..mane la tau aku boleh tambah cawangan ke nanti kan..murah2 jimat sikit..hahahha

    BalasPadam
  7. @Ym.Bundle ada impian rupanya nak tambah cawangan :) berat tanggungjawab tu.

    BalasPadam
  8. baru beritahu anak dara 2 hr lepas...
    mahar awak rendah je nnti bg bakalbsuami awak yg hafal 30 juzuk! :-D

    dan dia... geleng2kn kepala....
    hah!!!

    BalasPadam
  9. suka info nie...terbaek...
    tq for sharing

    BalasPadam
  10. Sekarang ni hantaran berpuluh ribu tapi nak cari kualiti cam UAI sebut tu mmg susah..

    BalasPadam
  11. setuju...hantaran mahal pun akan sshkan pengantin utk masa akan datang...silap2 menaggung hutang

    BalasPadam
  12. tapi zaman skrg ni, kalau nak rewang, mane la sgt bujang2 n anak dara nak tolong bantu.. kalau guna katering, satu kepala dah berapa, dlm rm6-rm7.. krg lauk x cukup, kesian lak dgn tetamu yg dtg jejauh.. senang cite, klu rasa anak tu dah nak kawen, siap2 la kumpulkan duit sama2.. so x de la isu hantaran tinggi segala bagai.. sebab sesama keluar duit kan :)

    BalasPadam
  13. saya berkahwin ikut mas kawin yg ditetapkan negeri aje, (pahang RM22.50), dan hantaran sekadar untuk pembiayaan majlis kawin kami untuk menjamu saudara mara je. Tapi alhamdulillah berkat doa ibubapa saya,dah hampir 10 thn kami melayari hidup bersama dengan kurniaan 4 permata hati.

    BalasPadam
  14. maaf sy kurang setuju la
    sepatutnya gadis2 sebegini wang bukanlah menjadi ukuran
    mereka terlalu precious

    BalasPadam
  15. hantaran utk cik pipi merah berapa ya? mana tau nanti ada org nak masuk meminang huhuhu

    BalasPadam