saya ni sebenarnya sudah Murtad sebab saya AHLI UMNO-Azhar Sulaiman.

Saya tersenyum ketika membaca status azhar sulaiman di FB.Ini adalah agenda liberalisasi dan jahiliah. Mudah benar membuat pengakuan 'itu', ini jahiliah melainkan memang benar jahiliah terpalit pada dirinya sendiri sehingga dia tidak sedar.

Pernah ditanya kepada Fir'aun, 'apakah yang menyebabkan kamu menjadi seorang taghut
(penindas yang zalim dan melampaui batas?' Jawab Fir'aun, 'faktor utama yang menyebabkan saya menjadi penindas dan taghut adalah kerana saya tidak pernah menemukan seorang yang berani membantah pendapat saya.' Maka wajarlah orang ramai (rakyat awam) disalahkan kerana melahirkan pemimpin taghut dan penindas. Mereka tidak berani bersuara dihadapan pemimpin taghut dan penindas walhal itu adalah suatu jihad. Rakyat awam hanya berdiam diri demi menjaga periuk nasi mereka (pekerjaan, harta dan pangkat).

Semua ini salah rakyat.

Kita perlu membuang mentaliti yang menganggap Islam itu bergantung kepada kekuatan makhluk, Melayu Sepakat, Muslim Sepakat, Jemaah Bersatu dan bukan Yang Maha Esa. Islam tidak bergantung kepada sesiapa pun kerana ia mempunyai pemeliharanya sendiri iaitu Allah. Tetapi manusia bergantung kepada Islam untuk memelihara dirinya sendiri.

-tanpa iman dlm diri, kita akan dikuasai-
Hijjaz



jangan nak sarkastik sangat. ini soal agama.


Ramai manusia yang ditipu oleh iblis dengan taubat mereka. Mereka menangis bersungguh-sungguh dengan dosa-dosa silam tetapi tidak berusaha mencari ilmu dan meningkatkan ibadah dan amal soleh. Akhirnya mereka ditipu oleh taubat sendiri dan iblis. A'uzubillahi minash syaitonnir rajim 

(aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam).

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. [al 'Araf 7:56]

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; (Hujurat, ayat 12)

14 ulasan:

  1. Isu berkaitan politik ni susah nak cakap.......
    Tapi mempolitikkan agama ni sesuatu yang tak wajarlah......

    BalasPadam
  2. Awak rasa apa tujuan dia tulis macam tu ? He's being sarcastic, tapi macam tak kena pada gaya

    BalasPadam
  3. @fifie menulis tak mengikut logik akal. :)

    BalasPadam
  4. adoiyai.. bila sesuatu ditulis tanpa berfikir secara betul dan hanya mengikut nafsu.. jadi macam ni la.. hilang terus rasa hormat saya kat azhar sulaiman ni

    BalasPadam
  5. macam x de pelajaran jew bila bercakap camtoo

    BalasPadam
  6. pernah tulis dulu benda2 yg melibatkan agama jangan la nak buat2 sarkastik. macam lafaz cerai, pengakuan murtad bukan benda yg boleh buat main2...

    BalasPadam
  7. Salam...singgah di kalam mata TA belum mengantuk lagi...

    BalasPadam
  8. Ya Allah Biaq betoi..awat dok kata camtu..hmmm..

    BalasPadam
  9. bodoh atau tak bpelajaran? Yg pnting bagus dia rujuk ustaz.

    BalasPadam
  10. Ya Allah..kenapa dia cakap cmtu..agak2 la kalau nk memerli ka hapa ka.ini menunjukkan kebodohan diri sendiri.semoga dia insaf.

    BalasPadam
  11. jahil?? atau mencari kontroversi barangkali..Wallahu a’lam

    Harap dia tidak maksudkannya:)..

    BalasPadam