Penghijrahan dan ucapan Pierre Andre Dalam Anugerah Skrin 2012.

Terkesima dengan ucapan Pierre Andre  Dalam Anugerah Skrin 2012 saya tengok kat youtube.

Moga dia menjadi hamba Allah yang terpilih.


sumber harian metro.

pelakon dan Pengarah muda yang berbakat, Pierre Andre telah memberi ucapan yang terbaik sebagai pesanan kepada artis-artis didalam dunia hiburan tempatan. Anugerah Skrin 2012 kali ini mencetus pelbagai kontroversi termasuk isu Rosyam Nor dan Zizan yang hangat diperbualkan didalam laman sosial.

Semestinya ramai yang menonton secara live rancangan itu di dalam kaca TV. Namun pesanan yang paing bernilai untuk kita semua sedar akan kebesaranNya diungkapkan oleh seorang pengarah muda Pierre Andre. Alhamdulillah Pierra Andre mengambil kesempatan ini untuk memberikan pesanan yang sangat mendalam kepada kita semua. Beliau berkata :


pic ni ambik kat fb beliau.

"Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".

Stay strong! we are not a loser as long as we have faith in Allah
If Allah bring us to it, he will bring us through it
InsyaAllah.
:)
jom ke facebook beliau.

***
Subhanallah,
Bila tengok kalendar,
lebih kurang 5 hari lagi, dah nak masuk tahun baru hijrah

Manusia, ramai yang nak berubah, berhijrah kearah kebaikan, cuma kadang-kadang,
kita memerlukan titik permulaan untuk berubah


ada yang bermula pada bulan ramadhan, ada pula pada hari ulangtahun kelahiran sendiri, dan ada juga sempena tahun baru Islam.

Jom, buat shortlist,
apa yang nak dicapai pada tahun yang akan tiba (1434)
kalau ada azam yang tahun 1433H, tengok balik, mungkin ada yang dah tercapai,
ada lagi yang belum.
Satu peluang Allah berikan untuk kita muhasabah diri, untuk kita koreksi diri kita,
dan untuk kita sedar, kematian itu makin mendekati.

ada yang nak labuhkan tudung, silakan,
mungkin ada yang nak improve semangat belajar.
dan ada juga yang berusaha nak buang tabiat buruk dalam diri,
dan tanamkan yang baru.

Alhamdulillah.

teringat musolla smaasza, semasa berikan sedikit perkongsian tentang hijrah.
dan lagu ini yang menjadi wasilah

[Hijrah Menuju Allah]- Devotees

"..Andai rasa diri lemah, diperjalanan hijrahmu,
sendirian tiada mampu, mohonlah pada Tuhanmu,
Hijrah ini memang susah, payah,
Hijrah ini menuju Allah, di hujungnya Hasanah..."

Yok, duduk sebentar, x-ray baik dan buruk diri, buang yang keruh, simpan yang jernih :)



13 ulasan:

  1. Alhamdulillah..moga terus diberi hidayah dan istiqomah....

    BalasPadam
  2. saya harap dan saya berdoa agar Allah sentiasa beri hidayah pada saya n semua umat Islam di dunia ini..semoga kita semua berjaya di dunia n akhirat..amin

    BalasPadam
  3. Harap dia betoi2 berubah ke arah kebaikan.

    BalasPadam
  4. Allah sentiasa memberi petunjuk bagi hamba2nya yang ingin berubah, saya pun nak berubah ke arah kebaikan..insyaAllah

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah, nothing more could say. Semoga kita semua diberi peluang untuk berubah olehNya

    BalasPadam
  6. salaw
    Insya-allah dipermudahkan.amix

    BalasPadam
  7. harap saya dapat menjadi yang lebih baik pada akan datang :)

    BalasPadam

  8. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    BalasPadam
  9. betul apa yang pierre andre katakan..macam nampak ada tabligh dalam dirinya

    BalasPadam
  10. @nazha anua yup..saya juga dapat rasakan begitu. moga dia terus istiqamah.

    BalasPadam
  11. congratss utk pierre andre ;)

    Na pun harap dpt jd dan berubah jd yg baik ;)

    BalasPadam
  12. moga diri ini juga dibukakan pintu hati untuk berubah..:(

    BalasPadam
  13. salam...
    saudari skola smaasza ke?
    skola saya de wt pertukaran plja dgn skola saudari ..

    BalasPadam