Bukan cinta Biasa.




Membaca kisah mereka mambuat aku cemburu
kisah mereka bukan biasa
kisah jaminan menjadi penghuni syurga

melihatkan diri sendiri
layakkah aku bersama mereka
hati berkarat bergelumang dosa
layakkah aku menemui Tuhanku
dalam keadaan diri yang begitu hina


biarlah badai datang menerpa
cuma yang kupinta
agar tiada erti berputus asa
dalam juang menuju RedhaNYa
moga Dia sentiasa bersama

bersama dalam sangkaanku
bahawa badai ini hadiah dariNya
bahawa jatuh berkali-kali adalah silapku
moga menjadi kafarah dosa di dunia
agar tidak terbeban di akhirat sana
inilah kasih sayangNya melewati sempadan dunia

Kita sebenarnya tidak diperlukan untuk menghasilkan kejayaan dalam sesuatu perkara, kerana ketiadaan kita bisa digantikan Allah swt dgn orang lain

 Allah tak pernah perlukan kita..

Tapi alangkah beruntungnya jika tangan kita juga yang mengusahakan kejayaan tersebut. Lebih-lebih lagi dalam menyampaikan kebenaran.

Moga kita berusaha menjadi hambaNya yg terpilih.


"Dunia ini adalah lautan
dan hati kita bagaikan kapal yang melayarinya

Andai kita penuhkan kapal kita dengan lautan
maka karamlah kita

ke manakah hala tuju kita?
lautan ataupun tempat di sana

kita hanya musafir di lautan, bukannya penghuni di lautan"


-petikan dari Yasmin Mogahead-

dalam hati hanya ada satu cinta ♥
sama ada cintakan dunia atau Ilahi

[Let cross the ocean of dunya]

Bittaufiq!


Alhamdulillah,selesai satu tugasan .

maaf menghilang selama beberapa hari.

Tapi yang pasti tugas sebgai hamba Allah dan daie tak kan pernah berakhir

Tapi..sedihnye bila tengok blik sticky note kat dinding
sebab lupa satu tugasan


tak dapat pergi ziarah kubur abi semalam

Maafkan saya abi. :'(
esok pagi saya pergi ye.

Macam mane nak jadi anak solehah ni =="?


3 ulasan:

  1. Sorry to hear that,
    Al-fatihah for your abi..
    As usualy thanks for sharing nice motivation too.

    BalasPadam
  2. @Everything's Everythings al fatihah..amiin.. ..dah 4 bulan arwah abi pergi tinggalkan kami.

    thanks daisuke san.

    BalasPadam
  3. nice sharing.. sekurang2nya nampak usaha awk ke arah yg btul ^^

    al-fatihah utk abi...

    BalasPadam