Pertama pertama yang dilakukan, sebelum solat !




Bangun pagi, gosok gigi. Pertama pertama yang dilakukan, sebelum solat !

Pentingnya Menggosok Gigi (Bersugi)

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ (عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ ) عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

Daripada Abu Hurairah r.a. , dari Nabi Muhammad SAW. sabdanya: "Kalau tidak aku akan memberati orang-orang beriman (umatku), nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi pada tiap-tiap kali mereka mengerjakan solat." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasar hadis di atas Nabi SAW menekankan bahawa bersugi adalah satu amalan yang amat dituntut kerana sekiranya bersugi ini tidak menyusahkan umatnya Nabi SAW akan menyuruh melakukannya ketika berwuduk sebelum solat.

Bersugi merupakan sunnah Rasulullah SAW. Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. Di riwayatkan dalam sebuah hadis, " Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi, kerana bersugi mempunyai 10 faedah :

1. Membersihkan mulut.

2. Menjadi sebab keredhaan Allah SWT

3. Menyebabkan kemarahan syaitan.

4. Allah SWT. dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi.

5. Menguatkan gusi.

6. Menghilangkan gelema.

7. Mewangikan mulut.

8. Menghapuskan safra (sejenis penyakit).

9. Menguatkan pandangan mata.

10. Menghilangkan bau busuk mulut.

Dalam hadis yang lain dari Aisyah r.a. katanya : "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : 'Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat reda dari Tuhannya'." ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )





*selamat menunaikan solat subuh.. okebai


4 ulasan: