Tonton Online Full Drama Playboy Itu Suami Aku.


Sinopsis ringkas Playboy Itu Suami Aku?.

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?


“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Siaran Playboy Itu Suami Aku?

Episod 28 - 26/12/2013
Episod 27 - 25/12/2013
Episod 26 - 24/12/2013
Episod 25 - 23/12/2013
Episod 24 - 19/12/2013
Episod 23 - 18/12/2013
Episod 22 - 17/12/2013
Episod 21 - 16/12/2013
Episod 20 - 12/12/2013
Episod 19 - 11/12/2013
Episod 18 - 10/12/2013
Episod 17 - 9/12/2013
Episod 16 - 5/12/2013
Episod 15 - 4/12/2013
Episod 14 - 3/12/2013
Episod 13 - 2/12/2013
Episod 12 - 28/11/2013
Episod 11 - 27/11/2013
Episod 10 - 26/11/2013
Episod 9 - 25/11/2013
Episod 8 - 21/11/2013
Episod 7 - 20/11/2013
Episod 6 - 19/11/2013
Episod 5 - 18/11/2013
Episod 4 - 14/11/2013
Episod 3 - 13/11/2013
Episod 2 - 12/11/2013
Episod 1 - 11/11/2013


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

Tanpa Nama
13 November 2013 7:53 PG

sampah..cuba lah share yg bermanfaat sikit..ni drama melayu bangang yg mengajak ke arah maksiat, drama tv tiga suku pulak tu..stesen tv paling dilaknat...

17 November 2013 12:36 PG

@Tanpa Nama" Lepas Love You Mr Arrogant, muncul pulak Suamiku Playboy..

Banyak betul cerita-cerita PEMIMPIN keluarga yang tidak matang emosi, sosial dan spiritual

Perempuan cukup merbahaya, rumahtangga boleh membawanya ke syurga atau menempa neraka

sebuah drama yang melambangkan situasi masyarakat."

bukan sampah bagi yang berfikir.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.